Cari:
Kementerian Pertahaan Korea Selatan Tandatangani Perjanjian dengan Lotte
2017-02-28 17:49:29 CRI Cetak

Kementerian Pertahanan Korea Selatan hari ini menandatangani perjanjian pertukaran tanah dengan Kumpulan Lotte.

Menurut perjanjian tersebut, kementerian pertahanan negara itu akan menggunakan tanah seluas 67 ribu meter persegi di bandar Namyangju, wilayah Gyeonggi untuk bertukar dengan padang golf milik Kumpulan Lotte yang seluas 1,480 ribu meter persegi bagi menempatkan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD).

Padang golf berkenaan dianggarkan bernilai kira-kira USD78.57 juta.

Pada hari yang sama, tujuh pertubuhan rakyat Korea Selatan mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kementerian pertahanan bagi membantah penempatan THAAD di negara itu dan mendakwa tindakan itu melanggar undang-undang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• PM Li Sampaikan Laporan Kerja Kerjaan dalam NPC

• Sungai Khalkhyn
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China