Cari:
Draf Resolusi Senjata Kimia Syria Gagal Diluluskan
2017-03-01 15:05:11 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) telah membuat pengundian mengenai draf resolusi isu senjata kimia Syria semalam. Namun, draf itu gagal diluluskan.

Timbalan Wakil Tetap Rusia ke PBB berkata, negaranya menentang draf yang berniat untuk mengenakan sekatan terhadap Syria itu.

Laporan berkenaan isu senjata kimia Syria masih kekurangan bukti dan tidak menyakinkan.

Draf itu telah dibincangkan selama tiga bulan.

Pengundian tersebut mungkin akan menjejaskan rundingan damai Geneva mengenai isu Syria yang sedang dijalankan, selain menyukarkan Syria untuk membanteras keganasan.

Wakil Tetap China ke PBB, Liu Jieyi pula berkata, pada masa ini, siasatan mengenai penggunaan bahan kimia sebagai senjata di Syria masih dijalankan. Oleh itu, terlalu awal untuk membuat kesimpulan.

Pengundian tersebut diadakan berdasarkan kesimpulan pelbagai pihak yang mempunyai pendapat yang berbeza-beza.

Tindakan itu tidak berfaedah bagi menyelesaikan isu senjata kimia Syria dan tidak bermanfaat bagi mendorong rundingan damai Geneva serta proses penyelesaian politik isu Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China