Cari:
Roberto Azevedo Menang Penggal Kedua
2017-03-01 15:57:42 CRI Cetak

Mesyuarat Majlis Am Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) telah berakhir di Geneva semalam.

Ketua Pengarah WTO, Roberto Azevedo sekali lagi dipilih menerajui pertubuhan tersebut untuk penggal kedua bagi tempoh empat tahun akan datang.

Menurut Azevedo, beliau akan terus menggalakkan sistem perdagangan pelbagai hala global, bersedia untuk berkhidmat kepada semua pihak, dan melakukan sebaik-baik mungkin untuk menjaga dan meningkatkan sistem perdagangan pelbagai hala.

Tambah beliau lagi, sistem perdagangan pelbagai hala kini berada dalam era yang mencabar.

Pertumbuhan ekonomi dan perdagangan global agak perlahan dan ancaman perlindungan perdagangan tidak boleh dibiarkan.

Oleh itu, WTO akan mempercepat proses untuk mewujudkan sistem perdagangan pelbagai hala secara terbuka dan efisien.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China