Tindakan Kumpulan Lotte Korea Selatan menandatangani perjanjian pertukaran tanah dengan Kementerian Pertahanan Korea Selatan baru-baru ini telah mencetuskan gesaan dalam kalangan netizen China untuk memboikot Lotte.
Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Sun Jiwen semalam berkata, kerajaan China mengalu-alukan syarikat asing termasuk syarikat Korea Selatan melabur di China.
China sentiasa menjaga kepentingan sah syarikat asing di China, namun syaratnya, urus niaga syarikat berkenaan perlu mematuhi undang-undang China.
Tambah beliau, China membantah sekeras-kerasnya tindakan AS dan Korea Selatan menempatkan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) yang ternyata menjejaskan kepentingan keselamatan strategik China, di samping merosakkan kerjasama China-Korea Selatan.