Cari:
Warga Korea Selatan Sekali Lagi Berhimpun di Seoul
2017-03-02 15:51:25 CRI Cetak

Warga Korea Selatan yang menyokong dan menentang usul pemecatan Presiden Park Geun-hye masing-masing mengadakan perhimpunan di Seoul semalam.

Polis tempatan menggunakan kereta untuk memisahkan kedua-dua kumpulan. Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang perhimpunan itu berlangsung.

Para penyokong berarak di Jalan Sejongno sambil melaungkan kata-kata "dakwaan terhadap Park Geun-hye ditolak".

Penganjur turut menyatakan bahawa perhimpunan itu adalah yang paling besar berbanding sebelumnya.

Sementara itu, seramai 300 ribu penentang Geun-hye yang terlibat dalam perhimpunan tersebut mengecam percubaan Geun-hye untuk menuntut pihak Mahkamah Perlembagaan mempercepat perbicaraan terhadap usul pemecatannya.

Mereka turut mendesak Perdana Menteri, Hwang Kyo-ahn selaku pemangku Presiden meletakkan jawatan, sambil mengkritik beliau menolak melanjutkan tempoh siasatan pendakwa raya khas terhadap skandal Geun-hye berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China