Cari:
80 Peratus Pelajar China di Seberang Laut Kembali ke Tanah Air
2017-03-02 17:00:03 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Lebih 80 peratus pelajar China yang melanjutkan pelajaran di seberang laut kembali ke tanah air untuk bekerja.

Maklumat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Antarabangsa Kementerian Pendidikan China, Xu Tao baru-baru ini.

Menurut beliau, seramai 544.5 ribu pelajar China telah melanjutkan pelajaran di seberang laut pada tahun 2016, dan seramai 432.5 ribu pelajar sudah kembali ke tanah air.

Dalam pada itu, lebih 90 peratus pelajar China meneruskan pengajian di 10 buah negara, antaranya termasuklah Amerika Syarikat (AS), Britain dan Australia.

Pelajar asing yang melanjutkan pelajaran di China pula mencecah 440 ribu orang pada tahun 2016.

China merupakan negara yang berjaya menarik pelajar asing paling ramai di rantau Asia.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China