Cari:
FED Dijangka Naikkan Kadar Faedah
2017-03-02 17:00:39 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Amerika Syarikat (AS) dijangka akan menaikkan lagi kadar faedah dalam masa terdekat, setelah mengambil kira keadaan ekonomi domestik AS yang semakin pulih dan risiko ekonomi di luar negara yang kian susut.

Demkian dinyatakan Gabenor Lembaga Rizab Persekutuan AS (FED), Lael Brainard ketika berucap di Universiti Harvard semalam.

Menurut beliau, proses pengambilan pekerja di AS hampir mencapai paras penuh, manakala kadar inflasi pula meningkat semula kepada 2 peratus, seperti yang disasarkan oleh FED.

Tambah beliau, risiko ekonomi di pasaran luar kini menurun berikutan pertumbuhan ekonomi beberapa entiti ekonomi utama global seperti China, negara Eropah dan Jepun yang memberangsangkan.

Menurut analisis pasaran, FED dijangka akan menaikkan kadar faedah pada bulan Mac ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China