Cari:
China Laksanakan Ujian Lapangan 5G
2017-03-04 09:36:39 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China telah melaksanakan ujian lapangan teknologi komunikasi mudah alih 5G di daerah Huairou, Beijing baru-baru ini.

Pengujian itu akan menyediakan ujian hujung ke hujung untuk rangkaian 5G, yang membantu mempercepat pembentukan piawaian teknikal 5G.

Dalam Sidang Kemuncak Rangkaian 5G sempena Kongres Mudah Alih Dunia (MWC) 2017 yang diadakan baru-baru ini, ketua projek rangkaian 5G China, Wang Xiaoyun memaklumkan bahawa projek ujian lapangan teknologi 5G tersebut melibatkan penyertaan beberapa syarikat gergasi telekomunikasi tempatan dan asing antaranya termasuklah Ericsson, HUAWEI, NOKIA, ZTE dan Intel.

Kini, fasa pertama pengujian teknologi 5G sudah selesai, yang membuktikan kebolehlaksanaan teknologi berkenaan. Fasa kedua sudah bermula.

Dalam sidang kemuncak tersebut, para pengusaha telekomunikasi mudah alih mengeluarkan kenyataan bersama untuk menggalakkan pembentukan piawaian teknikal 5G, di samping memperkasakan kerjasama antara satu sama lain demi mewujudkan iklim rangkaian 5G yang bersepadu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China