Cari:
CPPCC Giat Baiki Kesejahteraan Rakyat
2017-03-04 11:00:50 CRI Cetak

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Yu Zhengsheng semalam berkata, CPPCC yang komited untuk berkhidmat kepada rakyat, giat membaiki kesejahteraan rakyat dan menyelesaikan masalah sosial pada tahun lalu.

Tambah beliau, jawatankuasa tersebut telah membantu menggalakkan pembaharuan dalam sistem perubatan dan kesihatan.

Di samping itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi menjamin keadilan pendidikan dan peningkatan kualiti pendidikan, terutamanya mengenai pembangunan seimbang pendidikan wajib, pendidikan untuk golongan istimewa, pendidikan sains, dan lain-lain.  

Selain itu, fokus juga tertumpu kepada pelbagai isu lain seperti peluang pekerjaan, tadbir urus sosial, kebajikan masyarakat dan pemantauan keselamatan makanan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China