Cari:
Kenaikan Belanjawan Pertahanan China Menurun
2017-03-04 13:15:40 CRI Cetak

Belanjawan pertahanan China akan naik kira-kira 7 peratus pada tahun 2017. Angka tersebut menunjukkan penurunan bagi tempoh dua tahun berturut-turut.

Demikian dinyatakan jurucakap persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC), Fu Ying dalam sidang media hari ini.

Menurut beliau, belanjawan tahunan bagi pertahanan China ditetapkan mengikut keperluan semasa dan pertumbuhan ekonomi negara.

Belanjawan berkenaan kini menduduki kira-kira 1.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KNDK).

Dimaklumkan, kenaikan belanjawan pertahanan China bagi tempoh dua tahun berturut-turut terus kekal di bawah paras 10 peratus, iaitu kira-kira 7.6 peratus pada tahun 2016 dan 7 peratus pada tahun 2017.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China