Cari:
Kesejahteraan Rakyat Diutamakan
2017-03-05 14:04:37 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika membentangkan laporan kerja kerajaan hari ini menyatakan bahawa kerajaan yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat, giat menambah baik kehidupan segenap lapisan masyarakat pada tahun lalu.  

Beliau berkata, walaupun berdepan tekanan kewangan, peruntukan untuk membaiki kesejahteraan rakyat terus meningkat. Polisi mengenai pengambilan kerja dan keusahawanan turut diperkenalkan, terutamanya untuk membantu golongan istimewa. Di samping itu, dana sebanyak lebih RMB100 bilion (RM64.5 bilion) telah disediakan untuk membasmi kemiskinan.

Sementara itu, perkadaran peruntukan pendidik dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terus melebihi 4%. Sistem insurans perubatan asas juga dibaiki, selain meningkatkan standard bantuan kewangan daripada kerajaan.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China