China menetapkan sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK) pada kadar kira-kira 6.5% bagi tahun ini.
Demikian menurut laporan kerja kerajan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Li Keqiang dalam majlis perasmian persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) padi tadi.
Menurut laporan berkenaan, sasaran tersebut selaras dengan hukum ekonomi dan realiti objektif, dan akan membantu menstabilkan jangkaan pasaran serta memudahkan penyusunan semula struktur.