Bangunan Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun Guangzhou telah membuka satu Kawasan Pemeriksaan Imigresen sebagai percubaan pada 5 Mac lalu.
Bagi menaiktarafkan laluan memasuki sempadan sedia ada, kawasan pemeriksaan imigresen baharu tersebut dijangka akan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada para pengunjung dari luar negara dan penumpang yang transit di lapangan terbang tersebut.
Kawasan yang seluas kira-kira 5,800 meter persegi itu merupakan bangunan tiga tingkat yang dilengkapi dengan enam laluan pemeriksaan dan kuarantin, lapan laluan pemeriksaan sempadan serta 10 laluan layan diri.