Cari:
Beijing Bina dan Naik Taraf Lebih 200 Pusat Jualan Sayur-Sayuran pada 2017
2017-03-06 14:39:45 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Beijing akan terus memperkenalkan dan melaksanakan peraturan bagi sektor jualan runcit sayur-sayuran pada tahun ini.

Dalam pada itu, terdapat lebih 200 pusat jualan sayur-sayuran akan dibina dan dinaiktarafkan di Beijing.

Suruhanjaya Perdagangan Perbandaran Beijing (BMCC) telah menggubal standard dan peraturan jualan runcit sayur-sayuran di kedai-kedai dan pasar raya pada tahun 2016.

Dimaklumkan, sebanyak 356 pusat jualan sayur-sayuran yang baharu telah dibina, selain terdapat 232 pusat jualan lama telah dinaiktarafkan pada 2015 hingga 2016.

Selain itu, terdapat lebih 260 kenderaan yang menjual sayur-sayuran telah beroperasi di lebih 500 kawasan kediaman untuk menyelesaikan masalah kekurangan pusat jualan sayur-sayuran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China