Cari:
Polis Pelancongan Makau Mulakan Tugas
2017-03-06 14:42:00 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Polis Pelancongan Makau telah ditubuhkan secara rasmi pada 5 Mac lalu untuk menyediakan perkhidmatan profesional yang bermutu tinggi kepada para penduduk tempatan dan pengunjung dari dalam dan luar negara.

Kira-kira 30 anggota Polis Pelancongan Makau akan ditempatkan dan memulakan tugas di beberapa destinasi pelancongan utama di semenanjung Makau yang sentiasa menerima kedatangan ramai pelancong, antaranya termasuklah Dataran Senado Makau dan tinggalan St. Paul.

Difahamkan, penubuhan Polis Pelancongan Makau dijangka akan membantu Makau untuk menjadi pusat pelancongan peringkat dunia pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China