Cari:
Xi: Intensifkan Pembaharuan dan Pintu Terbuka, Cepatkan Pembinaan Metropolitan Moden
2017-03-06 15:34:52 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah menyertai sesi perbincangan dengan panel perancang bandar Shanghai bagi Persidangan ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-12 China petang semalam.

Tegas beliau, Shanghai perlu membuka minda, mengintensifkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, menggalakkan inovasi, meningkatkan daya tarikan, kreativiti dan daya saing bagi mempercepat pembinaan Shanghai sebagai kota metropolitan moden.

Xi telah memuji pelbagai hasil yang dicapai oleh bandar Shanghai dalam tempoh setahun yang lalu. Beliau berharap agar bandar itu dapat mencapai kemajuan dan prestasi baharu dalam usaha pembinaan zon perdagangan bebas (FTZ), pusat inovasi sains dan teknologi serta pengurusan masyarakat.

Xi Jinping turut menegaskan, China tidak akan menutup kembali pintu yang telah dibuka, di samping terus mendorong liberalisasi dan kemudahan perdagangan dan pelaburan.

Xi Jinping berbual-bual dengan wakil NPC dari Shanghai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China