Dalam sidang media sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) yang diadakan pagi tadi, Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Zhang Yong berkata, suruhanjaya itu akan mengambil tindakan dalam empat aspek untuk meningkatkan mutu, keberkesanan dan daya saing ekonomi sebenar.
Pertama, membaiki kelemahan dalam pembangunan dan menambah bekalan dengan lebih berkesan;
Kedua, memudahkan prosedur pentadbiran, menyerahkan kuasa pengesahan dan pelulusan kepada jabatan yang lebih rendah dan mengurangkan beban syarikat;
Ketiga, menggalakkan inovasi dan meneroka daya penggerak baharu dalam pertumbuhan ekonomi;
Keempat, mengurangkan kapasiti pengeluaran yang berlebihan bagi menggalakkan pembangunan pasaran yang lebih sihat dan pembangunan ekonomi sebenar yang lebih mampan.