Cari:
Singapura Harap China Memainkan Peranan Lebih Besar dalam Tadbir Urus Global
2017-03-06 15:47:07 CRI Cetak

Singapura mengalu-alukan China memainkan peranan yang lebih besar dalam tadbir urus global.

Duta Besar Singapura ke China, Loh Ka Leung berkata demikian ketika diwawancara oleh wartawan Agensi Berita Xinhua sempena perasmian sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China baru-baru ini.

Menurut beliau, dalam tempoh 30 tahun lalu, pembangunan China telah mencapai hasil yang menakjubkan. China kini berjalan di landasan pembangunan dan perkara tersebut bukan sahaja memberikan limpahan manfaat kepada negara-negara serantau, malah dunia.

Loh berkata, Singapura adalah antara negara yang paling awal menyokong penubuhan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB), di samping menyambut baik inisiatif Jalur dan Laluan (B&R). Sebagai pusat kewangan dan perniagaan serantau, Singapura sentiasa menawarkan perkhidmatan kewangan dan pengurusan bagi menyokong AIIB dan inisiatif B&R.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China