Cari:
Trump Minta Kongres Siasat Kerajaan Obama
2017-03-06 11:48:45 CRI Cetak

Rumah Putih Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan kenyataan semalam yang menyatakan bahawa Presiden Donald Trump telah menggesa Kongres untuk menyiasat sama ada kerajaan yang dipimpin oleh mantan Presiden Barack Obama telah menyalahgunakan kuasa untuk menjalankan siasatan dalam tempoh kempen pilihan raya pada tahun 2016.

Kenyataan itu menyatakan bahawa laporan berkenaan mendakwa siasatan bermotifkan politik mungkin berlaku sebelum berlangsungnya kempen pilihan raya tahun 2016 dan laporan itu amat membimbangkan.

Trump meminta Jawatankuasa Perisikan Kongres AS menjadikan siasatan tersebut sebagai sebahagian siasatan terhadap aktiviti Rusia yang dilakukan dalam tempoh kempen pilihan raya AS.

Menurut kenyataan itu, Rumah Putih atau Presiden Trump tidak akan membuat ulasan lagi mengenai hal itu sebelum Kongres menjalankan siasatan.

Trump, melalui Twitter kelmarin, mendakwa kerajaan Obama telah memasang telinga di Wisma Trump di New York sebelum hari pengundian pada 8 November 2016.

Sehubungan itu, jurucakap Obama, Kevin Lewis segera mengeluarkan kenyataan pada hari yang sama yang menafikan dakwaan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China