Cari:
François Fillon Kekal Bertanding Jawatan Presiden Perancis
2017-03-06 14:56:51 CRI Cetak

Calon Parti Les Républicains Perancis, François Fillon malam semalam menolak untuk tunduk kepada mana-mana pihak yang mengharapkan beliau berundur daripada kempen pilihan raya, selain kekal untuk bertanding bagi jawatan Presiden.

Fillon, ketika menyampaikan ucapan melalui stesen TV Perancis malam semalam berkata, beliau mewakili kebanyakan pengundi dari sayap kanan dan tengah, tidak ada sesiapa yang berhak memaksanya berundur daripada pemilihan presiden.

Beliau berjanji akan membentuk satu kumpulan baharu untuk menyertai kempen pilihan raya berikutan banyak anggota telah meninggalkan kumpulannya baru-baru ini.

Pada petang semalam, Fillon telah meminta maaf secara terbuka kepada pengundi dalam satu kempen pilihan raya serta merayu pengundi agar terus menyokongnya.

Menurut Fillon, beliau berasa tidak patut mengupah isterinya bekerja untuknya sehingga sekarang ini sukar untuk menjelaskan perkara tersebut kepada para pengundi.

Bagaimanapun, tegas Fillon, jabatan kehakiman akan membuktikan bahawa beliau tidak pernah melanggar undang-undang.

Pada bulan Januari lalu, media Perancis mendedahkan isteri Fillon, atas nama pembantu anggota Parlimen, telah mengambil bayaran, namun tidak menjalankan sebarang tugas.

Pada 1 Mac lalu, Fillon membuat pengakuan secara terbuka yang beliau bersedia untuk disoal siasat oleh jabatan kehakiman.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China