Datuk Bandar Beijing yang juga wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Cai Qi berkata demikian ketika berucap dalam sesi taklimat media delegasi Beijing bagi Persidangan ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-12 China pada 6 March lalu.
Cai memaklumkan bahawa kualiti udara di Beijing telah beransur-ansur pulih pada ketika ini, namun masih jauh daripada harapan penduduk.
Dalam pada itu, antara langkah utama yang akan diambil oleh kerajaan Beijing untuk mengawal pencemaran udara pada tahun ini termasuklah mengurangkan pembakaran arang batu dan pelepasan gas nitrogen, mengetatkan kawalan terhadap kenderaan yang mengeluarkan asap yang berlebihan, selain meningkatkan kawalan pencemaran dan mengurangkan pelepasan gas berbahaya dalam sektor industri.
Dalam pada itu, terdapat 500 buah kilang pembuatan yang bermasalah akan ditutup pada tahun ini.
Selain itu, penempatan semula jabatan-jabatan kerajaan Beijing ke Daerah Pusat Perniagaan (DPP) Tongzhou akan dimulakan menjelang akhir tahun ini.