Sasaran pertumbuhan ekonomi China pada tahun ini diunjurkan pada 6.5 peratus, susut sedikit berbanding dengan tahun lalu.
Walau bagaimanapun, kadar peningkatan tersebut tetap pada tahap sederhana tinggi dan sesuai dengan hukum ekonomi.
Selain itu, peningkatan ekonomi pada tahun ini lebih tinggi berbanding dengan tahun lalu, dan mampu menawarkan peluang pekerjaan yang mencukupi kepada masyarakat.
Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata demikian ketika menghadiri sesi perbincangan provinsi Shangdong, Persidangan ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-12 China yang diadakan di Beijing pada Isnin lalu.
Jelas beliau, jumlah ekonomi China telah melebihi USD11 trilion (RM49 trilion) dan masih mengekalkan pertumbuhan sederhana tinggi.
Kadar itu jarang-jarang diperoleh oleh entiti ekonomi yang jumlah ekonominya melebihi USD3 trilion (RM13.3 trilion) di dunia.
Kerajaan menurunkan sedikit kadar pertumbuhan pada tahun ini untuk memberikan lebih tumpuan pada peningkatan kualiti dan keefisienan.