Cari:
Empat Negara Sokong Pembangunan "Eropah yang Berkelajuan Berlainan"
2017-03-07 14:59:39 CRI Cetak

Pemimpin dari Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol bersepakat menyokong pembinaan "Eropah yang Berkelajuan Berlainan" untuk terus menggalakkan integrasi Eropah.

Pemimpin dari empat negara tersebut telah mengadakan pertemuan di istana Versailles, Perancis semalam. Presiden Perancis, Francois Hollande dalam sidang media selepas pertemuan itu berakhir menyatakan bahawa perpaduan bukan bermakna mencapai standard yang sama, dan terdapat beberapa negara Eropah boleh memilih berkembang dengan lebih cepat dalam usaha mewujudkan integrasi Eropah. Tambah beliau, terdapat sebahagian negara daripada Kesatuan Eropah boleh mempercepat integrasi dalam bidang pertahanan, monetari dan percukaian.

Canselor Jerman, Angela Merkel berkata, Eropah dikehendaki berani menerima beberapa negara mengambil langkah yang lebih cepat dalam mewujudkan integrasi. Kesatuan Eropah sewajarnya menjadi salah satu penunjang yang penting pada zaman globalisasi ini.

Manakala, Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy berkata, negaranya sudah bersiap sedia untuk memperkasakan integrasi Eropah.

Selain itu, Perdana Menteri Itali, Paolo Gentiloni berkata bahawa aktiviti perayaan ulang tahun ke-60 Perjanjian Rome yang akan diadakan di Rome pada 25 Mac nanti bukan aktiviti perayaan semata-mata, malah adalah untuk menggalakkan integrasi Eropah. Menurut beliau, masa depan Kesatuan Eropah perlu ditentukan oleh 27 buah negara anggotanya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China