Cari:
Warga Emas yang Hidup Sendiri di China Akan Tingkat ke Kira-kira 118 juta orang
2017-03-07 15:08:35 CRI Cetak

Menurut Pelan Pengurusan Hal Ehwal Warga Emas dan Sistem Persaraan Warga Emas semasa pelaksanaan Rancangan Lima Tahun Pembangunan Sosioekonomi Nasional ke-13 yang diumumkan Dewan Negara China baru-baru ini, jumlah penduduk yang berumur 60 tahun ke atas dijangka meningkat ke sekitar 255 juta orang di negara ini menjelang tahun 2020, dengan nisbahnya dalam populasi seluruh negara pun meningkat ke kira-kira 17.8%. Serentak itu, warga emas yang berusia tinggi akan meningkat ke kira-kira 29 juta orang, dan warga emas yang hidup sendiri akan meningkat ke kira-kira 118 juta orang. Berdepan dengan situasi tersebut, pihak berkuasa melalui pelan itu menyatakan akan menambah peruntukan kepada sektor jaminan sosial warga emas.

Pelan itu menganggap bahawa masih wujud banyak masalah termasuk pelaksanaan peraturan dan dasar yang melibatkan urusan golongan warga emas kurang memuaskan, pembangunan urusan warga emas dan sistem persaraan warga emas di bandar dan luar bandar kelihatan kurang seimbang, perkhidmatan persaraan masih kurang dan sebagainya.

Terdapat beberapa sasaran yang terkandung dalam pelan tersebut, iaitu menjelang tahun 2020, pelbagai perkhidmatan yang melibatkan warga emas dinaiktaraf, sistem persaraan warga emas disempurnakan , dan langkah yang lebih saintifik dan pragmatik akan diambil untuk menghadapi masyarakat yang semakin tua.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China