Presiden China Xi Jinping menyertai sesi perbincangan panel Provinsi Liaoning mengenai laporan kerja kerajaan sempena persidangan ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan ke-12 di Beijing pagi semalam.
Setelah mendengar dan meneliti pandangan para perwakilan, Presiden Xi memuji hasil yang dicapai oleh provinsi Liaoning pada setahun yang lalu dan menegaskan bahawa Liaoning perlu terus menggalakkan pembaharuan struktur pembekal sampingan, menyokong pembaharuan dan pembangunan syarikat milik negara, mengubah suai gaya kerja para pegawai, melaksanakan strategi menggiatkan semula pangkalan industri lama di timur laut China, menggalakkan kestabilan pertumbuhan ekonomi, merangsang pembaharuan, mengubah suai struktur, membaiki kesejahteraan hidup rakyat dan mencegah risiko dengan sempurna.
Perdana Menteri China Li Keqiang pula telah menyertai sesi perbincangan panel Tibet pagi semalam.
Tegas beliau, Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Dewan Negara China akan mendorong pembangunan dan mewujudkan kestabilan di Tibet, mengutamakan kebajikan dan menaiktarafkan kehidupan rakyat, termasuk pendidikan, perubatan, projek pemanasan, dan lain-lain, yang menjadi tumpuan penduduk tempatan.
Selain itu, kerajaan akan meningkatkan mutu perkhidmatan awam dan lengkap-melengkapi segala kelemahan hidup masyarakat, menggalakkan perkembangan industri pelancongan, tenaga bersih, perubatan dan pelbagai sektor yang bercirikan tempatan dengan syarat tetap melindungi sistem ekologi.
Kerajaan akan meningkatkan peruntukan infrastruktur seperti pengangkutan dan bekalan elektrik, berusaha membasmi kemiskinan, khususnya meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan sempadan. Pada masa yang sama, kerajaan akan terus memperkukuh perpaduan antara pelbagai etnik, menjamin keharmonian antara pelbagai agama bagi bersama-sama memelihara kestabilan dan keamanan masyarakat Tibet.