Cari:
UNSC Kecam Ujian Peluru Berpandu DPRK
2017-03-08 14:29:07 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dalam kenyataan media yang dikeluarkan malam semalam mengutuk tindakan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) melancarkan peluru berpandu balistik baru-baru ini.

UNSC menggesa ketegangan di Semenanjung Korea perlu diredakan pada ketika ini.

UNSC dalam kenyataan tersebut menyatakan bahawa tindakan DPRK tersebut bukan sahaja melanggar keputusan yang ditetapkan dalam resolusi UNSC, malah meningkatkan situasi perlumbaan senjata di rantau ini.

UNSC menggesa DPRK mematuhi resolusi berkenaan dengan sepenuhnya.

Tegas UNSC, DPRK mesti menunjukkan keikhlasan untuk menunaikan janji dan membebaskan negaranya daripada penggunaan nuklear.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China