Cari:
Rusia: THAAD Tingkatkan Ketegangan di Semenanjung Korea
2017-03-08 15:01:21 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) yang ditempatkan oleh Amerika Syarikat (AS) di Korea Selatan akan meruncingkan lagi ketegangan di Semenanjung Korea.

Setiausaha Jabatan Pencegahan dan Kawalan Tentera Kementerian Luar Rusia, Mikhail Ulyanov berkata demikian pada 7 Mac lalu.

Ulyanov berkata, selepas THAAD ditempatkan di Korea Selatan, Rusia pasti akan "mempertimbangkan" tindakan yang akan diambil oleh AS semasa menjalankan aktiviti diplomatik dan menggubal rancangan ketenteraan.

Pada hari yang sama, Kementerian Pertahanan Negara Korea Selatan dan Tentera AS ke Korea Selatan masing-masing mengesahkan bahawa sebahagian kelengkapan THAAD telah tiba di Korea Selatan.

Penempatan sistem antipeluru berpandu AS itu akan diselesaikan dengan secepat mungkin.

Sebelum ini, Rusia menggesa pelbagai pihak terbabit agar bertenang dalam isu Semenanjung Korea dan memikirkan kesan daripada ketegangan di semenanjung tersebut, yang pasti akan memburukkan lagi keselamatan dan kestabilan rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China