Cari:
Wanita China Gemar Melancong ke Negara Asia Tenggara
2017-03-08 11:44:41 CRI Cetak

Menurut tinjauan agensi pelancongan domestik China semalam, negara Asia Tenggara seperti Thailand dan Filipina adalah antara destinasi pelancongan luar negara yang paling digemari oleh pelancong wanita, dan wanita lebih bersikap rasional semasa berbelanja ketika melancong jika dibandingkan dengan lelaki.

Laporan LY.Com menyatakan bahawa menurut tinjauan berkenaan, golongan wanita di China lebih suka melancong ke luar negara.

Angka itu lebih tinggi kira-kira 10 peratus berbanding dengan golongan lelaki.

Antara destinasi pelancongan yang paling digemari oleh wanita di China termasuklah Thailand, Vietnam, pulau Bali, Maldives, Britain, Perancis, Switzerland, Hong Kong China, Makau China, Australia dan Jepun, di samping pelancongan kapal persiaran juga amat disukai oleh golongan berkenaan.

Menurut pihak LY.Com lagi, barangan yang terlebih dahulu dibeli oleh wanita semasa melancong bukanlah alat solek dan beg berjenama seperti yang dijangkakan, tetapi cederamata kepada saudara-mara dan sahabat handai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China