Cari:
Kerajaan Diharap Tingkatkan Usaha Perkenalkan Xinjiang
2017-03-08 14:45:07 CRI Cetak

Buwajian Abula, anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dari Wilayah Autonomi Xinjiang yang berpenduduk Uygur berkata kepada wartawan, beliau amat memberikan perhatian kepada isi kandungan laporan kerja kerajaan mengenai pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R).

Buwajian mencadangkan kerajaan meningkatkan usaha untuk memperkenalkan Xinjiang, di samping menarik syarikat dari dalam dan luar negara melabur di Xinjiang.

Tambah Puwajian Abula, kerajaan pusat telah memberikan banyak sokongan dari segi dasar dalam membangunkan Xinjiang sebagai lokasi utama koridor ekonomi jalan sutera.

Pada ketika ini, pembinaan infrastruktur, kesalinghubungan dan platform terbuka di Xinjiang sedang berjalan dengan lancar.

Beliau mencadangkan kerajaan menggubal dasar bagi membolehkan Xinjiang merebut peluang daripada pemindahan pengeluaran domestik agar sebahagian industri pengeluaran dapat dilaksanakan di Xinjiang.

Selain itu, Xinjiang diharap dapat menarik pelaburan di dalam dan luar China untuk membangunkan wilayah itu sebagai pusat perdagangan antarabangsa seperti Hong Kong, di samping menarik lebih ramai pelancong ke sana.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China