Cari:
Yunnan Aktif Sertai Inisiatif B&R
2017-03-08 14:39:07 CRI Cetak

Anggota Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) yang juga Ketua Pengarah Jabatan Perdagangan provinsi Yunnan, He Lianghui semalam menyatakan bahawa pihaknya akan mempercepat pembinaan mekanisme kerjasama dengan negara-negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara dalam rangka hubungan luar, strategi dan dasar negara.

Langkah tersebut membolehkan provinsi itu menyertai pembangunan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) dengan lebih baik.

Presiden, Xi Jinping telah mengarahkan Yunnan agar lebih aktif dalam B&R.

Yunnan telah menjadi pusat utama dalam hubungan kerjasama antara China dengan Asia Tenggara dan Asia Selatan, iaitu pusat ekonomi dan perdagangan, pusat inovasi sains dan teknologi, pusat perkhidmatan kewangan serta pusat pertukaran kebudayaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China