Cari:
Sidang Pleno ke-2 NPC ke-12 Di Beijing
2017-03-09 09:59:16 CRI Cetak

Sidang pleno ke-2 bagi Persidangan ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-12 telah diadakan di Beijing petang semalam. Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Zhang Dejiang telah membentangkan laporan kerja dalam sidang tersebut.

Menurut Zhang, dalam tempoh setahun yang lalu, Jawatankuasa Tetap NPC telah menggubal lapan undang-undang, meminda 27 undang-undang dan meluluskan tujuh resolusi berkaitan dengan undang-undang. Kualiti penggubalan undang-undang juga kian meningkat.

Mengenai tugas utama untuk tahun ini, Zhang Dejiang menegaskan bahawa pihaknya akan terus mempertahankan kewibawaan perlembagaan dan undang-undang, memperkasakan proses perundangan dalam bidang-bidang utama, meningkatkan kualiti penggubalan undang-undang, melaksanakan penyeliaan dan pemantauan dengan tepat dan berkesan, menyokong dan menjamin pelbagai wakil menjalankan tugas mengikut undang-undang, sekali gus menyelesaikan semua tugas yang telah ditetapkan dalam NPC kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China