Cari:
Sidang Kemuncak Pemimpin IORA Tegas Banteras Keganasan
2017-03-09 14:05:56 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Persatuan Negara-negara Pesisir Lautan Hindi (IORA) telah dirasmikan di Pusat Konvensyen Jakarta Indonesia kelmarin.

Sidang yang mengeluarkan deklarasi "menghalang dan memerangi keganasan dan radikalisme" itu menyatakan bahawa keganasan dalam apa-apa jua bentuk telah memberikan ancaman yang serius kepada kedamaian dan keselamatan serantau dan antarabangsa, di samping menjejaskan pembangunan ekonomi dan perpaduan masyarakat.

Oleh itu, pelbagai pihak terlibat diharap meningkatkan kerjasama dalam usaha memerangi keganasan.

Pemimpin atau wakil dari 21 negara anggota IORA dan tujuh negara rakan dialog telah menghadiri sidang kemuncak tersebut yang julung-julung kali diadakan sejak IORA ditubuhkan 20 tahun yang lalu.

Para hadirin sebulat suara bersepakat untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang keselamatan maritim, perdagangan dan pelaburan, perikanan, keupayaan menangani bencana alam, pertukaran pengetahuan, sains dan teknologi serta pelancongan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China