Cari:
Lima Destinasi Pelancongan Giat Dibangunkan
2017-03-09 16:22:08 CRI Cetak

Menurut Jabatan Penyelarasan dan Kerjasama Serantau Pelancongan Jawatankuasa Pelancongan Beijing, terdapat 17 buah bandar, wilayah dan kaunti termasuk Beijing, Tianjin dan provinsi Hebei sedang giat membina lima kawasan pelancongan utama.

Rancangan pembinaan pusat rekreasi Jingdong, lingkungan pelancongan ekologi Jingbei dan koridor pelancongan ekologi Jingxinan telah selesai, manakala rancangan bagi membina kawasan kompleks beli-belah Jingnan dan koridor pelancongan persisiran sedang digubal.

Pembangunan industri pelancongan tidak dapat dipisahkan dengan jaminan pengangkutan.

Pada ketika ini, sebanyak 56 pakej pelancongan dan tujuh laluan kereta api telah disediakan bagi memberikan kemudahan kepada penduduk Beijing, Tianjin dan provinsi Hebei.

Selain itu, pusat perkhidmatan pelancongan di Beijing, Tianjin dan Shijiazhuang telah menawarkan 40 pakej bas persiaran ke pusat peranginan berkenaan dengan menyediakan sejumlah kira-kira 800 buah kenderaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China