Dalam pada itu, usaha yang disenaraikan sebagai program tindakan kerajaan itu akan digerakkan dan dilaksanakan selama tujuh tahun berturut-turut.
Kerja untuk mengurangkan dan mengklasifikasi sampah akan dijalankan secara percubaan di 100 kawasan kediaman, dan diteruskan sehingga meliputi lebih 10 ribu kawasan kediaman yang melibatkan 5 juta keluarga, lebih 6,000 jabatan kerajaan serta syarikat dan institusi awam di seluruh Shanghai pada ketika ini.
Selain itu, mekanisme pemantauan penduduk juga dilaksanakan pada tahun ini bagi mendorong usaha tersebut.