Cari:
Presiden Korea Selatan Dipecat
2017-03-10 15:02:16 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye dipecat oleh mahkamah tertinggi negara itu, hari ini apabila mengekalkan pendakwaan Parlimen ke atas pemimpin itu berkait dengan skandal rasuah.

Keputusan sebulat suara itu membawa kekacauan politik yang melanda negara itu sejak beberapa bulan lalu ke kemuncaknya.

Sehubungan dengan itu, pilihan raya untuk memilih presiden baharu akan diadakan dalam masa 60 hari.

"Tindakan Park menjejaskan secara serius semangat demokrasi dan kedaulatan undang-undang. Presiden Park Geun-Hye dengan ini dipecat," kata ketua hakim mahkamah itu, Lee Jung-Mi.

Ini bermakna Park, presiden wanita pertama negara itu juga menjadi pemimpin pertama Korea Selatan dipecat kerana didakwa di Parlimen.

Beliau perlu meninggalkan Rumah Biru, kediaman rasmi Presiden Korea Selatan dan hilang semua imuniti eksekutif yang menghalangnya didakwa.

Park didapati melanggar undang-undang dengan membenarkan rakannya, Choi Soon-Sil mencampuri urusan negara dan mencabuli peraturan perkhidmatan awam.

(sumber daripada Harian Metro Malaysia Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China