Cari:
OSCE, AS Perlu Main Peranan dalam Penyelesaian Isu Ukranie
2017-03-10 15:06:07 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Rusia dan Jerman masing-masing beranggapan, peranan misi pemerhati Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) ke Ukraine perlu ditingkatkan, selain menyokong peranan Amerika Syarikat (AS) dalam memastikan pelaksanaan Perjanjian Minsk yang baharu.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov dan Menteri Luar Jerman, Sigmar Gabriel yang sedang dalam rangka lawatan ke Rusia mengadakan pertemuan di Moscow pada 9 Mac lalu.

Lavrov ketika diwawancara oleh media tempatan selepas pertemuan tersebut menyatakan bahawa negaranya dan Jerman sepakat berpendapat bahawa jumlah kakitangan misi pemerhati OSCE ke Ukranie harus ditambah bagi membolehkan pertubuhan tersebut melakukan pemantuan 24 jam di kawasan konflik di timur Ukranie dan stor simpanan senjata berat.

Selain itu, kedua-dua pihak juga berpendapat, Perjanjian Minsk yang baharu dan siri perjanjian yang telah dicapai oleh kumpulan pengantara berhubung dengan isu Ukraine yang terdiri daripada Ukraine, OSCE dan Rusia mesti terus dilaksanakan.

Dalam pada itu, Sigmar Gabriel berkata, Rusia, Perancis, Jerman dan Ukranie yang telah mencapai perjanjian Minsk yang baharu masih perlu meneruskan rundingan empat pihak berhubung dengan isu Ukranie.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China