caokapalkontenKapal kontena "SITC Laem Chabang" telah bertolak dari pelabuhan Wenzhou, provinsi Zhejiang China semalam menuju ke Asia Tenggara.
Hal tersebut bukan sahaja menandakan pelayaran kapal kontena dari pelabuhan Wenzhou ke Asia Tenggara telah bermula, malah pelayaran antara provinsi Zhejiang China dengan Asia Tenggara bertambah sebanyak 28 kali.
Menurut maklumat berkenaan, pelayaran tersebut dikendalikan Syarikat Pengangkutan Kontena SITC Baru Shanghai Berhad.
Kapal kontena yang berlayar seminggu sekali itu akan melalui pelabuhan Ningbo, Wenzhou, Xiamen, Hochiminh, Bangkok, Laem Chabang, Manila Utara dan Shanghai.
Kapal kontena tersebut juga akan singgah di 16 pelabuhan lain di kawasan Asia Tenggara mengikut keperluan.
Kapal kontena "SITC Laem Chabang" yang mengadakan pelayaran sulung itu boleh memuatkan 1,800 kontena dengan jumlah muatan 17,119 tan.