Wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) yang juga Datuk Bandar Haikou provinsi Hainan, Ni Qiang ketika diwawancara wartawan menyatakan bahawa bandar Haikou akan terus menerokai pasaran pelancongan di negara-negara Asia Tenggara.
Menurut beliau, sebanyak 10 buah laluan penerbangan telah beroperasi dari Haikou ke tujuh buah negara Asia Tenggara termasuk Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Laos dan Mynamar. Haikou akan terus mengusahakan pembukaan laluan penerbangan langsung ke Pulau Pinang Malaysia dan Jakarta Indonesia pada tahun ini, dengan menuju ke arah membangunkan diri sebagai hab pengangkutan penerbangan serantau yang menyasarkan Asia Tenggara.
Ni Qiang berkata, Haikou juga akan mengadakan kempen promosi pelancongan di Singapura, Pulau Pinang Malaysia, Hanoi Vietnam, Phnom Penh Kemboja dan Vientiane Laos tahun ini untuk menyebarkan reputasi dan pengaruh pelancongan Haikou di rantau Asia Tenggara supaya dapat menarik lebih ramai pengunjung yang berpotensi memilih Haikou untuk percutian mereka.