Cari:
Dasar "Lahir Dua Anak" China Dilaksanakan dengan Efisien
2017-03-11 15:26:58 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Jumlah kelahiran mencapai tahap tertinggi sejak tahun 2000 berikutan dasar "Lahir Dua Anak" dilaksanakan secara menyeluruh dalam tempoh setahun yang lalu.

Naib Pengerusi (Naib Menteri) Suruhanjaya Kesihatan dan Perancangan Keluarga Negara China (NHFPC), Wang Peian memaklumkan demikian dalam sidang media persidangan ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-12 di Beijing hari ini.

Wang berkata, jumlah kelahiran mencatat 18.46 juta orang setakat bulan Disember 2016, iaitu meningkat 2 juta orang berbanding dengan tahap purata tahunan dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun Pembangunan Sosioekonomi China Ke-12 (2011-2015).

Menurut beliau, memandangkan jumlah kelahiran yang meningkat pada ketika ini, NHFPC akan bekerjasama dengan jabatan-jabatan berkenaan untuk menyempurnakan pelaksanaan dasar kutipan cukai, jaminan sosial, perumahan dan pengambilan pekerja, di samping memberi keutamaan kepada sumber perkhidmatan awam yang meliputi kesihatan wanita dan kanak-kanak, tadika dan pendidikan prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China