Cari:
China-Filipina Rancang Bina Taman Industri
2017-03-12 14:45:50 CRI Cetak

China dan Filipina berbincang untuk membina taman industri bersama-sama di Filipina.

Demikian dimaklumkan oleh Menteri Perdagangan China, Zhong Shan dalam sidang akhbar semasa berlangsungnya Persidangan Ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-12 semalam. Menurut beliau, lawatannya ke Filipina beberapa hari yang lalu merupakan kali pertama selepas beliau menjawat jawatan Menteri Perdagangan. Dalam tempoh lawatannya di Filipina yang terbukti membuahkan hasil yang memuaskan, kedua-dua pihak telah mencapai banyak kata sepakat dalam bidang perdagangan, pelaburan, pembinaan taman industri, pembinaan infrastruktur dan perancangan perdagangan serantau pelbagai pihak.

Zhong berkata, perdagangan China-Filipina meningkat dengan pesat dalam bulan-bulan kebelakangan ini yang membuktikan perdagangan kedua-dua negara berpotensi saling melengkapi.

Beliau yakin hubungan China-Filipina akan berkembang dengan lebih baik dan pesat. Kerjasama ekonomi perdagangan kedua-dua negara juga akan mencapai hasil yang cemerlang sehingga memberi sumbangan kepada pembangunan sosiobudaya kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China