Cari:
Park Geun-hye Meninggalkan Cheong Wa Dae
2017-03-13 12:58:46 CRI Cetak

Mantan Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye telah berpindah dari kediaman rasmi Cheong Wa Dae ke rumah milik peribadi beliau di Samseong-dong malam semalam.

Ahli Parlimen daripada parti konservatif dan bekas jurucakapnya, Min Kyung-wook kemudian menyampaikan pesanan Park Geun-hye yang berasa kesal kerana tidak dapat menamatkan tempoh perkhidmatannya sebagai Presiden. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat yang mempercayai dan menyokong beliau serta bersedia untuk memikul semua tanggungjawab. Beliau yakin kebenaran akan diketahui juga.

Setelah pendakwaan terhadap Park Geun-hye diluluskan oleh Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan, Park Geun-hye masih kelihatan berada di Cheong Wa Dae selama dua malam atas alasan rumah peribadinya perlu dibaiki. Tindakan beliau telah mengundang kritikan daripada parti-parti pembangkang.

Park ialah Presiden pertama yang didakwa dalam sejarah Korea Selatan. Hak kekebalan undang-undang beliau turut dibatalkan. Media tempatan meramalkan bahawa penyiasatan terhadap Park berkaitan skandal "teman rapatnya campur tangan dalam pemerintahan" akan diteruskan.

Walau bagaimanapun, untuk mengelakkan perkara tersebut mempengaruhi pilihan raya yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari, penyiasatan tersebut mungkin akan dilaksanakan setelah pilihan raya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China