Cari:
Pasukan Pencegah Rusuhan Polis Pengaman Keempat China Tamat Misi di Liberia
2017-03-13 14:30:33 CRI Cetak

Pasukan Pencegah Rusuhan Polis Pengaman Keempat China menamatkan misi selama setahun di Liberia dan kembali ke China malam semalam.

Sejak ditempatkan di Liberia pada 11 Mac tahun lalu, pasukan tersebut telah melaksanakan 627 misi pengaman dan menyelesaikan 16 kes rusuhan.

Pasukan itu juga bertaraf paling tinggi antara 89 Pasukan Pencegah Rusuhan Polis Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dianugerahi "Hadiah Praktik Terbaik Kawasan Misi Pengaman".

Pada 21 Februari lalu, kesemua 140 anggota pasukan berkenaan dianugerahi "Pingat Keamanan" PBB.

Selain menjalankan misi pengaman, pasukan ini juga melaksanakan bantuan pelajaran, pertukaran budaya Kung fu, latihan polis dan lain-lain.

Kehebatan perkhidmatan mereka telah dipuji dan diiktiraf oleh Presiden Liberia, Ellen Johnson-Sirleaf.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China