Cari:
Kaedah Penyelesaian Isu Laut China Selatan Perlu Kembali ke Timur
2017-03-13 16:50:19 CRI Cetak

China mengagumi Cheng Ho dan menghargai kerjasama maritim, manakala negara Barat pula mengagumi Alfred Thayer Mahan dan menekankan kuasa maritim. Menteri Luar China Wang Yi telah membandingkan konsep maritim yang berbeza antara Timur dengan Barat dalam sidang akhbar sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China yang diadakan baru-baru ini. Perkara tersebut juga adalah punca situasi Laut China Selatan berkembang menjadi tegang ketika isu itu dimanipulasi oleh kuasa Barat pada dua tahun yang lalu. Ketegangan di Laut China Selatan semakin reda bermula tahun lalu kerana pelbagai negara di rantau ini telah menyedari bahawa konflik tidak membantu menyelesaikan masalah, lantas memilih untuk kembali kepada penyelesaian model Timur.

Mengimbau kembali sejarah, banyak negara di kawasan perairan Laut China Selatan pernah mendapat manfaat daripada armada Cheng Ho, namun sebaliknya diserang malah dijajah oleh armada dan negara Barat.

Mana boleh kita mengharapkan bekas penjajah rantau ini untuk menyelesaikan perselisihan antara tetangga? Penjajah Barat, Fernando de Magallanes pernah dengan sombong berkata mahu "menyelesaikan" perselisihan antara pelbagai kaum di Filipina. Akhirnya, bukan sahaja gagal, bahkan dibunuh. Kisah tersebut pasti masih lagi diingat oleh Rodrigo Duterte. Setelah beliau menjawat jawatan Presiden Filipina, beliau segera menolak untuk mengikuti jalan cerita yang ditulis oleh negara Barat dan memulihkan hubungan dengan China.

Setelah berjaya mengatasi gangguan dari luar, China dan pelbagai negara ASEAN mencapai pelbagai kemajuan dalam usaha menyelesaikan isu Laut China Selatan. Menteri Luar China Wang Yi mendedahkan, dalam rundingan kumpulan kerja bersama yang diadakan di Bali, Indonesia pada penghujung bulan lalu, pelbagai pihak telah berjaya menyediakan rangka Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC) yang pertama. China dan negara-negara ASEAN berpuas hati dengan pencapaian tersebut.

Berdasarkan laporan media Indonesia sebagai tuan rumah rundingan kali ini, kemajuan yang lebih bermakna ialah China dan ASEAN akan bersama-sama menyerahkan program kerjasama maritim bagi memelihara kedamaian di Laut China Selatan. Program kerjasama yang akan diserahkan oleh ASEAN merangkumi operasi mencari dan menyelamat bersama di Laut China Selatan.

Fakta telah membuktikan bahawa sekiranya tiada gangguan dari luar rantau, Laut China Selatan pasti menjadi lautan yang dilimpahi kedamaian, persahabatan dan kemakmuran antara China dengan pelbagai negara ASEAN. Walau bagaimanapun, kerjasama saling menguntungkan China-ASEAN yang bertahan selama sepuluh tahun telah diganggu oleh beberapa negara bukan rantau yang berniat jahat.

Seperti yang dikatakan oleh Menteri Luar China Wang Yi, kira-kira setahun yang lalu, ombak yang bergelora di Laut China Selatan, akhirnya semakin tenang. Pencapaian tersebut merupakan hasil usaha bersama China dan pelbagai negara ASEAN, yang bukan bahaja membawa tuah kepada seluruh rantau, malah dunia. Sekiranya ada pihak mahu mencetuskan konflik lagi, pihak tersebut tidak mungkin mendapat sokongan dan sudah pasti akan ditentang oleh semua negara di rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China