Jumlah jualan kenderaan penumpang di seluruh China mencatat 1.63 juta buah pada bulan Februari lalu, meningkat 18.29 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.
Antaranya, kenderaan penumpang biasa berjumlah 769.3 ribu, meningkat 15.14 peratus, manakala kenderaan utiliti sukan (SUV) 672.5 ribu, meningkat 40.01 peratus, dan kenderaan pelbagai guna (MPV) 147.9 ribu, susut 15.16 peratus.
Selain itu, kenderaan penumpang jenama China telah berjaya dijual sebanyak 786.2 ribu, meningkat 22.88 peratus dan menduduki 48.15 peratus dalam jumlah keseluruhan.
Sementara itu, jumlah jualan kenderaan penumpang jenama Jerman, Jepun, Amerika Syarikat (AS), Korea Selatan dan Perancis telah menurun dengan ketara.