Cari:
Penerbangan Sulung C919 Dijadualkan Tahun Ini
2017-03-14 12:57:41 CRI Cetak

Menteri Sains dan Teknologi China, Wan Gang baru-baru ini berkata pesawat penumpang besar buatan China yang pertama, iaitu C919 telah bersedia untuk mengadakan penerbangan sulung pada tahun ini.

Berdasarkan maklumat Korporat Pesawat Komersial China Berhad (COMAC), pesawat yang merupakan hak harta intelek China itu adalah pesawat komersial jarak pendek dan sederhana.

Menurut reka bentuk, jarak penerbangan C919 ialah 4,075 kilometer dan jarak ini dapat dipanjangkan menjadi 5,555 kilometer untuk memenuhi keperluan berbeza-beza pelbagai laluan penerbangan.

C919 jenis standard dapat menempatkan 168 kerusi di kelas ekonomi dan 158 kerusi jika dicampur dengan kelas perniagaan.

Pembuatan kemudahan penerbangan dan penerbangan angkasa lepas antara sepuluh bidang penting untuk menjadikan China sebagai negara kuat dalam bidang pembuatan.

Usaha mempercepat penyelidikan pesawat besar, memulakan projek pesawat penumpang besar dan menggalakkan pemasaran pesawat komersial, helikopter dan UAV merupakan langkah penting bagi menyokong pembangunan industri pembuatan kemudahan penerbangan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China