Cari:
Pilihan Raya Korea Selatan Mungkin pada 9 Mei
2017-03-14 14:28:03 CRI Cetak

Media Korea Selatan melaporkan bahawa pilihan raya Presiden negara itu mungkin akan diadakan pada 9 Mei nanti.

Setelah pendakwaan terhadap Park Geun-hye diluluskan oleh Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dan tarikh pilihan raya perlu diumumkan 50 hari lebih awal.

Oleh itu, pilihan raya sepatutnya diadakan pada penghujung bulan April hingga awal bulan Mei.

Media tempatan yang memetik kenyataan pegawai kerajaan sebagai berkata, oleh sebab cuti umum jatuh pada minggu pertama bulan Mei serta cuti hujung minggu, maka 9 Mei merupakan tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya.

Kini, kerajaan sedang berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai prosedur bagi menetapkan dan mengumumkan tarikh pilihan raya.

Berdasarkan keputusan satu soal selidik yang diumumkan pada 12 Mac lalu, mantan Presiden Parti Minjoo yang juga parti pembangkang terbesar, Moon Jae-in mendapat sokongan 29.9 peratus dan jauh mendahului pesaing yang lain dalam pilihan raya akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China