Lebih 20 pemimpin negara telah menyatakan kesediaan untuk menghadiri Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (B&R) yang bakal diadakan di Beijing pada bulan Mei nanti.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar semalam.
Menurut beliau, forum tersebut menyediakan peluang kepada pelbagai pihak untuk membincangkan pembinaan B&R dan hasil kerjasama yang saling menguntungkan.
Di samping itu, forum tersebut juga menjadi platform kerjasama yang penting bagi meningkatkan kerjasama antarabangsa dan penggabungan strategi pembangunan antara pelbagai negara.
Hua Chunying berkata, forum kemuncak kali ini terdiri daripada sidang kemuncak meja bulat dan persidangan peringkat tinggi.
Kira-kira 25 pemimpin negara luar akan diundang untuk menghadiri sidang kemuncak meja bulat, manakala lebih kurang 1,200 perwakilan dari pelbagai kalangan dari dalam dan luar negara akan menyertai sidang peringkat tinggi.