Cari:
Wang Tunai Bukan Lagi Keperluan Harian
2017-03-14 14:06:25 CRI Cetak

Menurut satu kaji selidik, lebih 70 peratus responden berpendapat wang tunai bukan lagi keperluan harian. Seiring dengan cara pembayaran melalui Internet seperti QuickPass, Alipay serta penggunaan kad kredit, kebanyakan warga China sudah tidak berasa risau jika keluar tanpa membawa wang tunai.

Data yang diumumkan syarikat Nielsen menunjukkan bahawa di arena antarabangsa, bayaran secara dalam talian sudah menduduki hampir separuh, iaitu 43 peratus dalam pembayaran bukan menggunakan wang tunai.

Manakala, 86 peratus warga China telah menggunakan dan bergantung kepada bayaran secara dalam talian, jauh mendahului negara lain.

Alipay, sebagai contoh, telah diterima di lebih 2 juta restoran dan kedai runcit, lebih 800 ribu tempat letak kereta dan lebih 20 ribu stesen minyak.

Selain itu, tiket masuk ke destinasi pelancongan di lebih 30 provinsi dan 120 bandar di seluruh China boleh dibeli melalui Alipay.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China