Cari:
Empat Masalah Psikologi AS Yang Perlu Dirawat
2017-03-14 11:15:55 CRI Cetak

Amerika Syarikat (AS) sering menggembar-gemburkan pelbagai isu yang berkaitan dengan China.

Selain itu, AS juga mengambil beberapa tindakan yang bertentangan dengan situasi, antaranya termasuklah mengerahkan kapal induk ke Laut China Selatan serta menempatkan kelengkapan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di Korea Selatan.

AS juga mendakwa, daripada jumlah keseluruhan defisit perdagangan, defisit perdagangan dengan China menduduki 47 peratus, sekali gus menyebabkan kadar pengambilan pekerja di negara itu menurun.

Tindakan serta sikap AS yang tidak wajar itu adalah berpunca daripada empat masalah psikologi yang berikut.

Pertama, bersikap sombong dan tidak mengambil berat terhadap orang lain.

Dalam tempoh beberapa dekad yang lalu, AS tidak pernah berhenti menonjolkan kehebatan diri kepada seluruh dunia melalui pelbagai bidang, sama ada dalam politik, ekonomi, kebudayaan dan bantuan.

AS juga mengeluarkan laporan mengenai amalan hak asasi manusia pelbagai negara setiap tahun, di samping mengeluarkan tuduhan yang bukan-bukan terhadap situasi hak asasi manusia negara lain, termasuk China.

Kini, China sudah menjadi entiti ekonomi kedua terbesar di dunia.

Manakala, "model demokrasi" yang diperkenalkan oleh AS kepada negara-negara Asia Barat dan Eropah Timur didapati tidak selaras dengan keadaan tempatan.

Kedua, iri hati dan cemuhan yang dilemparkan atas kekurangan negara lain.

Pada masa dahulu, khususnya sebelum pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, China merupakan negara yang mundur dalam ekonomi dan teknologi.

Pada masa itu, negara-negara Barat yang diketuai AS tidak ingin mempelawa China dalam pelbagai urusan antarabangsa, seperti kewangan dan angkasa lepas.

Namun, seiring dengan kemajuan yang dicapai oleh China dalam beberapa tahun yang lalu, termasuk berjaya melancarkan kapal angkasa lepas yang membawa angkasawan, di samping penyenaraian renminbi (RMB) dalam kelompok mata wang Hak Pengeluaran Khas (SDR), AS mulai berasa iri hati.

Ketiga, enggan memikul tanggungjawab dan menyalahkan orang lain.

Walaupun sering menganggap diri sebagai nombor satu di dunia, namun AS enggan memikul tanggungjawab dan menyalahkan negara lain, khususnya apabila berdepan dengan kesulitan.

Sebagai contoh, situasi di Semenanjung Korea kini menjadi tegang akibat penempatan THAAD oleh AS di Korea Selatan.

AS mendakwa China perlu bertanggungjawab atas perkara tersebut, selain ujian nuklear yang dilancarkan oleh Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Dalam sektor perdagangan pula, AS sentiasa menyalahkan China atas isu kurangan perdagangan dengan China, malah memaksa China menaikkan nilai mata wang RMB.

AS tidak memasukkan keuntungan besar yang diperoleh syarikat negara itu yang melabur di China ke dalam statistik import dan eksportnya.

Pada awal tahun 2007, melalui kajian yang dilakukan oleh Universiti California AS menunjukkan bahawa syarikat China hanya memperoleh bayaran USD4 untuk memasang sebuah IPOD yang dijual dengan harga USD299.

Namun, apabila sebuah IPOD dieksport dari China ke AS, akan dikira sebagai lebihan perdagangan China sebanyak USD150.

Hal tersebut tidak adil sama sekali kerana China membantu syarikat AS mengurangkan kos pengeluaran dan menambah keuntungan mereka, bahkan dipersalahkan kerana menyebabkan masalah defisit perdagangan AS.

Keempat, sentiasa berpegang pada Teori Thucydides.

Ahli sejarah dari Greece pada zaman purba berpendapat bahawa kebangkitan negeri Athens menimbulkan kebimbangan kepada negeri Sparta, hingga mencetuskan peperangan antara kedua-dua negeri.

Pemikiran tersebut disebut Teori Thucydides.

Seiring dengan kebangkitan China pada zaman ini, AS amat berwaspada dan berharap dapat menghalang pembangunan China bagi memastikan kedudukannya di tempat pertama tidak diganti.

Oleh hal yang demikian, beberapa tindakan telah diambil oleh AS, antaranya termasuklah mengemukakan strategi penyeimbangan semula Asia Pasifik, menempatkan sistem THAAD di Korea Selatan dan mengerahkan kapal induk ke Laut China Selatan untuk operasi "menjamin kebebasan pelayaran."

Kesemua tindakan itu adalah ekoran fahaman "zero-sum" yang sudah ketinggalan zaman.

Pembangunan China adalah berorientasikan jalan pembangunan yang damai.

Hal tersebut tidak boleh dijelaskan dengan Teori Thucydides, yang dihasilkan pada masa 2,500 tahun yang lalu.

Dengan tahap kesalingbergantungan yang begitu tinggi antara China dengan AS, tindakan AS mengekang pembangunan China, pada masa yang sama, juga akan merugikan diri sendiri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China