Perdana Menteri China, Li Keqiang dan Perdana Menteri Britain, Theresa May saling mengutus kawat tahniah sempena ulang tahun ke-45 terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara semalam.
Li berkata, China dan Britain sentiasa memperluas kepentingan bersama, meningkatkan interaksi sosiobudaya, selain kerjasama saling menguntungkan yang membuahkan hasil cemerlang demi manfaat rakyat kedua-dua negara sejak 45 tahun lalu.
China komited untuk berusaha bersama-sama dengan Britain memperkukuh rasa saling mempercayai dalam politik dan meningkatkan kerjasama pragmatik pada masa akan datang.
Theresa May pula berkata, perkongsian Britain-China terus berkembang.
Interaksi dan dialog peringkat tinggi semakin memberangsangkan, manakala pelaburan, perdagangan dan interaksi sosiobudaya juga kian rapat.
Kerjasama antara kedua-dua negara tentu akan lebih cemerlang pada masa depan.